TERKINI

Isu Kalimah ‘Allah’ : Ketua Wira Putra Mohon YDP Agong Campurtangan

Nasrul Ali Hassan – foto Wira Putra

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2023 – Ketua Pergerakan Wira Parti Putra Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif menyerahkan warkah nota kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, memohon perkenan baginda untuk campurtangan berhubung isu kalimah ‘Allah’.

Nota tersebut diserahkan oleh Nasrul di istana negara dan diterima oleh pegawai perhubungan awam istana negara, pada Jumaat.

“Kepimpinan Putra telah menyerahkan warkah nota kepada KDYMM selaku Ketua Agama Islam dan Ketua Negara untuk memohon ampun perkenan tuanku campurtangan dan bertindak segera bagi menangani isu penarikan balik rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah.

“Tujuan kami menghantar memorandum ini kerana kami merasakan amat tidak berpuas hati dengan keputusan kabinet pada Rabu lalu.

“.. proses rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah wajar diteruskan bagi membolehkan mahkamah diperingkat tertinggi negara ini memutuskan isu itu secara muktamad dan menjadi panduan kepada semua pihak. Katanya.

Menurut Nasrul, walaupun telah dijelaskan banyak pengamal perundangan berkaitan keputusan
mahkamah tersebut yang dikatakan Menteri KDN kes ini sekadar melibatkan soal pentadbiran. Namun ada kesan secara langsung dan tidak langsung yang akan mencemar kesucian kalimah Allah yang akan melibatkan kecelaruan kefahaman dan akidah.

“Wira Putra rasa amat dukacita dengan penjelasan kenyatan media Menteri Dalam Negeri sebagai
seorang Muslim yang mengelirukan manakala kenyataan YAB PMX mengatakan hanya terpakai untuk Sabah & Sarawak. Dan ini juga tidak bertepatan dengan keputusan mahkamah sebelum ini.

Terdahulu, kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 15 Mei 2023 telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp