TERKINI

Jawatan Datuk Bandar : Dipilih Atau Dilantik Bukan Isu

Tun Fiqa Mohammad – foto malayadaily

KUALA LUMPUR, 15 April 2023 – Samaada seseorang itu dipilih atau dilantik, itu bukanlah tunjang permasaalahan namun sebaliknya, negara telah ketandusan calon-calon berwibawa untuk jawatan-jawatan penting. Kata Tun Fiqa Mohammad, merujuk kepada kenyataan media Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri Parti MUDA yang menuntut agar peruntukkan kuasa lantikan Datuk Bandar digubal, dan dipilih melalui pilihan raya kerajaan tempatan.

“Dipilih atau dilantik ke jawatan Datuk Bandar, itu bukanlah tunjang permasaalahan. Sebaliknya, masalah yang melanda ialah negara kita telah ketandusan calon-calon berwibawa untuk jawatan-jawatan penting.

Tun Fiqa yang juga Ahli Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air menyifatkan cadangan tersebut akan turut menjadi satu lagi jawatan di atas norma ‘cash is king’.

“Sekiranya jawatan Datuk Bandar ini dipertandingkan, ianya akan turut menjadi satu lagi jawatan di atas norma “cash is king“. Tidak lagi dapat kita nafikan, segala bentuk Pemilihan dan Pilihanraya di negara ini ketika ini adalah bersandarkan wang.

“Dari pemilihan peringkat parti, ke setinggi-tinggi jawatan jawatan utama di agensi-agensi, semua jawatan-jawatan ini seolahnya ‘dilacurkan’ dengan wang. Ujarnya.

Beliau sebaliknya menyarankan apa yang perlu dipastikan ketika ini, ialah memperbetulkan keadaan ini dan memastikan calon (Datuk Bandar) yang dipilih memiliki integriti, kelayakkan untuk memimpin.

“Memilih calon yang memiliki integriti dan kapabiliti yang baik tentunya dapat membantu meminimakan risiko korupsi demi memastikan bahawa Datuk Bandar yang terpilih mampu memimpin, dan membuat keputusan yang efektif bagi kawasannya.

“Maka jelaslah, selagi tidak dibersihkan dari akar umbinya, korupsi akan menjadi akar menjalar yang akan merosakkan segala bentuk kepimpinan termasuklah jawatan Datuk Bandar. Seharusnya mereka yang dilantik ke jawatan ini tidak hanya menjadi boneka dan tunggangan kuasa-kuasa politik yang mahu mendominasi dan mencorakkan struktur negara demi kepentingan satu pihak atau kumpulan orang sahaja. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp