TERKINI

Johor negeri pertama serah kuasa kepada British – Tun M

Mahathir Mohamad – foto Bernama

PUTRAJAYA, 12 Jun 24 – Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa Johor merupakan negeri pertama yang menandatangani Perjanjian MacMichael dengan menyerah negeri itu kepada British.

Katanya, dalam perjanjian itu, hanya perkara melibatkan pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja.

Menurut beliau lagi, perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.

“Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.

“Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union. Ujarnya dalam satu entri di laman X, hari ini.

Mantan perdana menteri ini juga menjelaskan bahawa menerusi penyatuan orang Melayu, maka Raja-Raja dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan dalam Demokrasi Berparlimen.

“Demikian sejarah. (Semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives).

Kenyataan ini dipercayai merujuk kepada titah dikeluarkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berhubung reformasi sistem persekutuan agar Johor dilayan sebagai rakan kongsi dan bukan kepunyaan Malaysia. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp