TERKINI

Jurang Antara Kaum Wujud Jika Laksana Pilihanraya Kerajaan Tempatan – Ketua Wira Perkasa

Muhamad Syafiq – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Dibimbangi jurang pengasingan kaum mengikut kasta serta lokaliti kawasan yang dikuasai oleh kaum-kaum yang tertentu jika Pilihanraya Kerajaan Tempatan dibuat. Demikian pandangan Ketua Wira PERKASA Malaysia, Muhamad Syafiq.

Dalam satu kenyataan yang merujuk kepada cadangan parti MUDA Wilayah berkaitan ‘Datuk Bandar Sepatutnya Dipilih Bukan Dilantik’, Syafiq berkata bahawa perbandingan perlu dilihat di antara negeri dan juga daerah-daerah. Kerana setiap daerah itu, lokaliti kaum itu berbeza.

“Perbandingan ini perlu dilihat diantara negeri dan juga daerah-daerah. Kerana setiap daerah itu, lokaliti kaum itu berbeza. Khususnya di lembah Klang ini, dari pandangan saya, sudah jelas di bandar bukan lagi dikuasai oleh orang Melayu. Ujarnya.

Mengulas pada kenyataan yang sama, Syafiq turut mempersoalkan jika pilihan raya PBT ini dijalankan, berapa lama kerja-kerja di PBT akan tertangguh serta boleh membawa kepada kesan sampingan yang kurang baik.

“Jika pilihan raya PBT ini dijalankan, berapa lama kerja-kerja di PBT akan tertangguh serta boleh membawa kepada kesan sampingan yang kurang baik. Ianya nampak lebih membuang masa kepada banyak pihak. Apa akan terjadi akhirnya?

“Tujuan asal sistem pilihan raya PBT ini dimansuhkan bertujuan bagi mempercepatkan proses pembangunan serta dapat memfokuskan bagi kerja-kerja kecekapan jentera kerajaan.

“Adakah dengan membuat pilihan raya PBT ini masalah setempat itu dapat diselesaikan dengan pemilihan Datuk Bandar? Saya rasa tidak semudah itu. Ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menyokong jika pelantikan setiap Datuk Bandar ini dilantik atas dasar kemahiran dan kepakaran dalam bidang pengurusan komuniti tempatan serta perancangan bandar, dan pasti dari individu tersebut dari golongan orang yang profesional.

“Wira PERKASA menjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan dan menyokong Akta Ibukota Persekutuan 1960 atau biasa disebut Akta 190, selaras dengan subseksyen 4(2), Datuk Bandar hendaklah dilantik oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp