PUTRAJAYA, 1 Mac 2024 – Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang sedang berlangsung disifatkan sebagai hambar dan tidak menyeluruh, kata wakil parti Putra, Dr Mohamad Izwan Zainal.
Menurutnya, ucapan oleh Timbalan Perdana Menteri hanya mengekalkan konsep perlaksanaan sedia ada yang terpakai.
“Ucaptama Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tidak menyeluruh kepada spesifik pendapatan baru dan hanya mengekalkan konsep perlaksanaan sedia ada yang terpakai. Ujarnya.
Izwan turut berpendapat bahawa rangkaian pemborong dikalangan bumiputera perlu diperluaskan bagi mewujudkan persaingan yang akan memberi impak terhadap harga baranga.
“Sepatutnya perlu dicadangkan rangkaian pemborong dikalangan bumiputera perlu diperluaskan bagi mewujudkan persaingan yang mana kesannya adalah penurunan harga barang. Berbanding ketika ini pemborong dan pengedar dikuasai inividu-individu tertentu.
“Disamping isu tanah rezab Melayu yang hilang tanpa ganti di samping ikhtiar mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk semak dan imbang. Katanya.
KEB 2024 yang akan berakhir esok juga disifatkan hanya menjadi retorik UMNO untuk menarik sokongan Melayu, kata Mohamad Izwan.
“Dalam ucaptama beliau juga tidak menyentuh dengan isu biasiswa khusus untuk bumiputera yang mana ianya teras kepada perlembagaan Malaysia.
“İni perlu diperhalusi bagi memastikan anak-anak bumiputera yang layak beroleh tawaran biasiswa khusus untuk B40.
“Secara keseluruhannya Kongres Ekonomi Bumiputera ini hanya retorik dalam penglibatan UMNO untuk menarik sokongan orang Melayu. Ujarnya.
KEB dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, ia bertujuan untuk menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera. – malayadaily.com