TERKINI

Kedah Ada Pilihan Syarikat Bangunkan KXP

foto kredit pandulaju

ALOR SETAR 14 Mac 2023 – Kerajaan negeri Kedah mempunyai syarikat pilihan untuk cadangan pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) sekiranya tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menarik diri daripada projek tersebut.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanus Md. Nor masih ada lagi syarikat lain yang berkemampuan telah menghantar kertas cadangan pembangunan KXP kepada kerajaan negeri.

Sanusi juga berkata kerajaan negeri memberi tawaran kepada dua syarikat termasuk syarikat Syed Mokhtar untuk Kerjasama (JV) bagi pembangunan projek KXP dan syarikat satu lagi itu yang mempunyai kepakaran kargo telah pun memberikan maklum balas bersedia dengan kerjasama itu. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp