TERKINI

Kekejaman Yahudi Zionis kepada orang yang pernah melindungi mereka, Tun M

Mahathir Mohamad – foto facebook TDM

KUALA LUMPUR, 9 Nov 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kekejaman orang Yahudi Zionis ke atas rakyat Palestin sebagai ‘kebinatangan’ kepada orang yang telah memberi suaka kepada bangsa itu setelah melalui penindasan dan kekejaman holocaust di Eropah.

Mahathir berkata, beliau tidak percaya ia sedang berlaku.

“Saya tidak percaya bahawa ini sedang berlaku. Dahulu apabila Nazi Jerman membunuh orang Yahudi di dalam bilik gas, saya berasa amat kasihan kepada mereka.

“Saya fikir bahawa orang Yahudi akan memahami maksud penderitaan. Saya fikir mereka tidak akan pernah menimpakan penderitaan seperti itu kepada orang lain.

“Tetapi sekarang saya dan seluruh dunia sedang menyaksikan kebinatangan Yahudi terhadap orang-orang yang memberi mereka suaka ketika orang Eropah menindas mereka. Kata Mahathir dalam satu kenyataan di media sosial X, semalam.

Dalam kenyataan yang sama, Mahathir mengimbau kembali sejarah bagaimana bangsa Yahudi yang ditindas telah melarikan diri dan berlindung di negara-negara Islam dimana mereka terselamat dari kekejaman orang Eropah.

“Orang Yahudi melarikan diri ke negara Islam apabila Ferdinand dan Isabella menakluki semula Sepanyol. Mereka, orang Yahudi dan orang Islam diberi tiga pilihan.

“Mereka boleh memeluk agama Kristian, atau berhijrah atau dihukum mati. Kebanyakan memilih untuk berhijrah. Orang Yahudi tidak mempunyai tanah sendiri. Jadi mereka berhijrah ke Tunisia, Algeria, Morocco dan Turki. Ini semua negara Islam. Mereka juga berhijrah ke Palestin.

“Mereka terselamat malah ada yang berjaya. Sesama warga Islam tidak melakukan pogrom terhadap mereka.

Namu, menurut Mahathir bangsa Yahudi meninggalkan negara-negara tempat mereka berlindung hanya selepas negara Israel diwujudkan.

“Dan sejak itu berlaku peperangan yang ganas apabila rakyat Palestin yang diusir cuba untuk mendapatkan semula tanah mereka.

“Adakah orang Israel mengingati holocaust dan Nazi? Adakah mereka ingat Ferdinand dan Isabella memberi mereka tiga pilihan? Adakah mereka ingat suaka mereka di negara-negara Islam?

“Nampaknya mereka tidak, ujar Mahathir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp