TERKINI

Kementerian Luar perlu berhati-hati keluar kenyataan, jadi rujukan antarabangsa – Menteri

Gambar hiasan, Wisma Putra – foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Dis 2023 – Kementerian Luar Negeri (KLN) perlu berhati-hati terhadap sebarang kenyataan yang ingin dikeluarkan pihaknya kepada media mengenai isu semasa sama ada di dalam atau luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan itu akan menjadi rujukan kepada hubungan negara di peringkat antarabangsa.

“Beberapa isu semasa seperti peperangan di Gaza, Palestin dan Rusia-Ukraine, kami perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara..

“Walaupun ada halangan tertentu, bukan bermakna kita (media) tidak boleh berinteraksi langsung kerana KLN bukan berada di singgahsana yang tidak boleh ditemui atau diwawancara.

“Saya cuba mewujudkan suasana baharu untuk merakyatkan Wisma Putra,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Majlis Makan Malam Apresiasi Media yang diadakan di Hotel Royal Chulan di sini pada Khamis. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp