TERKINI

Tamrin beritahu siasatan ke atasnya bukan kerana ‘ramalan’

Mohd Tamrin Abdul Ghafar – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 17 Apr 24 – Ahli politik veteran, Dato Mohd Tamrin Abdul Ghafar memberitahu bahawa siasatan ke atas beliau oleh pihak berkuasa adalah berkaitan kenyataan mengenai Anwar Ibrahim, bukan mengenai ramalan beliau berhubung penguasaan DAP dalam politik negara.

Dalam satu temubual oleh malayadaily, Tamrin berkata isu berkaitan ramalan dalam politik adalah satu kebiasaan sepertimana ramalan kaji cuaca atau ramalan nombor ekor.

“Ramalan ni biasa dalam politik Anwar sendiri pernah buat ramalan bahawa lebih ramai pada ramalan dia lebih ramai lagi ahli-ahli ahli parlimen daripada parti Bersatu akan sokong dia itu ramalan.

“Begitu juga ramalan kaji cuaca ramalanlah ataupun ramalan 4 ekor (nombor) ramalan juga itu pada.

“Saya sebenarnya yang disiasat bukan masalah ‘ramalan’ yang disiasat saya rasa isu yang saya tulis dalam dalam perkara 13-14 di mana 13 saya mengatakan bahawa Anwar melakukan liwat. Ujar beliau.

Dalam temubual itu, beliau mencabar Anwar untuk membuat laporan Polis dan juga membawanya ke mahkamah berhubung dakwaan tersebut.

“Soalnya sekarang dari segi imej negara, surat khabar sehari dua selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, hampir 2 tahun yang lepas, surat khabar Itali sendiri muka depan, mengatakan Malaysia merupakan negara Islam yang pertama di dunia yang mempunyai kaki liwat sebagai Perdana Menteri.

“Sehingga hari ini Anwar tidak mengambil sebarang tindakan pun, begitu juga saya sendiri mencabar dalam tulisan saya saya katakan ini kali ke-5 saya mencabar Anwar bawa saya ke mahkamah, pun tak ada juga cakap apa-apa, kenapa? kalau fitnah, katalah fitnah bawalah ke mahkamah bawa saya pergi ke mahkamah. Tegas beliau.

Baru-baru ini, Tamrin menerima panggilan telefon daripada polis, berhubung siasatan membabitkan catatan di blognya yang ‘meramalkan’ masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini memberi keterangan kepada polis berkaitan catatan di blognya pada 4 April.

Mohd Tamrin hadir memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman, kira-kira 10.30 pagi, semalam. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp