TERKINI

Malaysia negara demokrasi berperlembagaan, bukan monarki mutlak – Peguam

Rafique Rashid Ali – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 17 Dis 2023 – Peguam, Rafique Rashid Ali menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan, bukan sistem monarki mutlak (absolute monarchy).

Beliau mengulas isu berkaitan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mencadangkan agar lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk pemantauan secara terus terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dalam kenyataannya kepada malayadaily, beliau berkata sistem Raja Berperlembagaan bermaksud setiap badan mempunyai pengasingan kuasa untuk proses semak dan imbang.

“Dengan penuh rendah diri saya nyatakan bahawa Malaysia ini adalah sebuah demokrasi berperlembagaan constitutional monarchy. Ia bukannya sebuah monarki yang mutlak ataupun absolute monarchy.

Constitution monarchy bermaksud bahawa Malaysia ini mempunyai perlembagaan dan Malaysia ini mempunyai check and balance dan Malaysia ini mengamalkan demokrasi yang mana setiap individu atau setiap badan itu mempunyai pengasingan kuasanya masing-masing ada tanggungjawab masing-masing, ujarnya.

Rafique juga merujuk kepada satu kes yang berlaku pada tahun 1977 dimana Raja Azlan Syah (Almarhum Sultan Perak) memberikan intipati keputusan beliau dalam kes Loh Kooi Choon menentang kerajaan dimana Raja Azlan telah menyatakan dengan jelas konsep-konsep yang berada di dalam perlembagaan negara.

“Konsep bahawa semua individu masing-masing mempunyai hak-hak asasi contoh, hak untuk bersuara hak untuk buat kenyataan hak untuk berberhimpun dan sebagainya

“Konsep ke-2 adalah adanya kuasa-kuasa untuk Persekutuan adanya kuasa-kuasa untuk state maka Persekutuan federal ada kuasa kuasa dia untuk buat undang-undang state peruntukan undang-undang itu pun ada ada state list ada federalist so masing-masing ada kuasa-kuasa mereka yang

“Konsep yang ke-3 pula ada konsep mengenai peri pentingnya pengasingan kuasa kerana perlembagaan kita ini didrafkan ditubuhkan dan dilaksanakan dan juga diaplikasikan daripada segi.

“Tidak ada mana-mana individu atau tidak ada mana-mana badan yang mempunyai supreme power keseluruhannya sebab itu kita ada eksekutif sebab tu kita ada legislatif, kata Rafique.

Rafique juga menafikan bahawa peranan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Agong sebagai “rubber stamp”.

“Saya tidak maksudkan begitu, saya menyatakan bahawa institusi kesultanan itu mempunyai hak dan kuasa masing-masing sepertimana di bawah perlembagaan.

“Sebab itu kita ada judiciary di mana masing-masing ini akan memastikan each other itu dicheck dan balance daripada segi kuasa kuasanya dan ini penting kerana akhirnya di bawah demokrasi berperlembagaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi kesultanan tersebut, mempunyai juga peranan masing-masing

Rafique yang juga Ketua Penerangan Pejuang menegaskan bahawa semua orang sebenarnya berada di bawah perlembagaan dan semua orang sebenarnya harus mempunyai sempadan sempadan kuasa tersebut.

“No one is above the constitution. No one is above the law semua orang sebenarnya berada di bawah perlembagaan dan semua orang sebenarnya harus mempunyai sempadan sempadan kuasa tersebut sepertimana yang telah dianjurkan awal lagi daripada 1977 dalam kes yang telah saya nyatakan. Ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp