TERKINI

Kempen MyPELINDUNG Usaha Berterusan Didik Masyarakat Perangi COVID-19

Virus Covid-19 – foto WHO

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2023 – Meskipun Malaysia telah mencapai kemajuan ketara, namun virus COVID-19 tetap kekal sebagai satu kebimbangan kesihatan.

Virus ini akan terus merebak dalam komuniti dan mampu menyebabkan kemasukan hospital seterusnya menyebabkan kematian terutama di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.

Ketua Kluster Negara untuk Pfizer Malaysia, Brunei & Pakistan, Luksanawan Thangpaibool yang mewakili Pfizer Malaysia memaklumkan, kempen MyPELINDUNG adalah bukti luar biasa kuasa kerjasama yang menyatukan pelbagai sektor dengan matlamat bersama, meningkatkan celik kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.

“Bersama-sama kita bukan sekadar memulakan kempen, detik ini juga menandakan babak baharu dalam perjuangan kolektif kami menentang COVID-19.

“Ia merangkumi misi bersama kami untuk memajukan negara yang lebih bermaklumat dan lebih sihat,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran MyPELINDUNG yang berlangsung di Mahsa Avenue Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah beliau, pihak Pfizer sentiasa mengiktiraf kuasa transformatif perkongsian strategik sekaligus dapat memanfaatkan sumber kolektif dan kepakaran untuk memacu perubahan yang berkesan pada skala global.

Dalam masa sama, kempen MyPELINDUNG adalah bukti luar kuasa kerjasama yang menyatukan pelbagai sektor dengan matlamat bersama, meningkatkan celik kesihatan di kalangan rakyat Malaysia bertujuan memerangi COVID-19.

“Izinkan saya mengulangi visi kita bersama untuk melindungi warga Malaysia di mana semua orang perlu berganding bahu dalam usaha memerangi COVID-19. Bersama-sama, di bawah visi MyPELINDUNG, kita akan memastikan setiap langkah yang kita ambil membawa kita ke arah negara yang lebih sihat dan selamat. Bersama kita Lindungi Malaysia, Sihat Bersama,” akhirinya.

Kempen MyPELINDUNG turut dijayakan oleh Persatuan Kawalan Infeksi dan Penyakit Berjangkit Malaysia (MyICID), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) dalam usaha mendidik, memperkasa dan melindungi rakyat Malaysia sekaligus menekankan peranan penting vaksinasi dan rawatan khusus COVID-19 segera. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp