TERKINI

“MB Kedah Nyatakan Naratif Sejarah, Bukan Tak Tahu Perlembagaan” – Prof Murad

Ahmad Murad Merican – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2023 – Pakar Sejarah Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican menafikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak tahu perlembagaan, sebaliknya menteri besar itu menyatakan naratif sejarah.

Dalam satu temubual oleh malayadaily semalam, Ahmad Murad berkata jika tuduhan bahawa Mohammad Sanusi tidak tahu perlembagaan, mereka perlu tuduh beribu orang lain yang telah bercakap mengenai isu utara semenanjung, Singapura, Sabah Sarawak itu sebagai tak tahu perlembagaan.

“Naratif-naratif ini sebahagian daripada naratif sejarah, naratif-naratif memprotes sejarah, dan apa yang kita katakan tu, kepada saya itu satu creative license kepada orang itu untuk mengatakan bahawa apa yang berlaku dalam sejarah itu tak betul, bukan tak tahu perlembagaan.

“Jadi kalau nak tuduh menteri besar Kedah tak tahu perlembagaan, tuduh yang beribu-ribu, berjuta-juta orang yang telah bercakap mengenai utara semenanjung, Singapura, Sabah Sarawak itu sebagai tak tahu perlembagaan. ujarnya.

Menurut Ahmad Murad, ketika ini banyak ungkapan atau kenyataan-kenyataan yang dibuat mengenai isu-isu wilayah, isu-isu yang telah terjadi sejak zaman penjajahan dulu yang ramai mengatakan daerah Patani sebagai sebahagian daripada malaysia.

“Baru-baru ini, mereka menyoal kembali perjanjian 1909, ini sedang berlaku. (Perjanjian Inggeris-Siam 1909 atau dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909)

“Mereka kata Patani perlu masuk balik Malaysia ataupun menjadi autonomi, bukan sebahagian daripada Thailand, dan wilayah-wilayah itu kalau saya katakan wilayah Patani itu wilayah utara semenanjung, bukan selatan Thai.

“Saya tidak menggunakan dan saya tidak mengiktiraf istillah Selatan Thai.

“Kalau kita mengiktiraf maka kita menguatkan lagi geopolitik Thailand. Thai dia main geopolitik samada geopolitik wilayah yang dikatakan ‘deep south’ (Patani) dulu.

“(Itu) ‘Deep South’ mereka, bukan kita. (Bagi kita) itu bukan ‘deep south’, itu utara semenanjung, kawasan Melayu.

Ahmad Murad turut berkata bahawa dengan menggunakan geopolitik, ia untuk menafikan pemilikan Pulau Pinang pada Kedah.

“Mereka gunakan geopolitik.

“Ada juga ungkapan mengatakan bahawa Singapura perlu balik Malaysia, Singapura sebahagian daripada Johor, Pulau Riau Lingga.

“Jadi apa yg MB kata tu sama. Sama dengan apa yang telah diwacanakan sebagai naratif-naratif. Ini sebahagain daripadanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp