TERKINI

Kenaikan Gaji Minimum Berpotensi Tingkat Pengangguran – Mas Ermieyati

Mas Ermieyati Samsudin – Foto The Star

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2023 – Kenaikan gaji minimum bukan jalan alternatif yang baik untuk menangani isu peningkatan kos sara hidup sebaliknya turut memberi kesan kepada ekonomi negara.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, inisiatif itu berpotensi meningkatkan kadar pengangguran kerana kemampuan majikan untuk menggajikan pekerja sekali gus membantutkan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.

“Kenaikan gaji mungkin memberi kelegaan kepada pekerja pendapatan rendah, tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan seseorang kehilangan pekerjaan.

“Ini kerana majikan mungkin bertindak dengan mengurangkan pengambilan pekerja, memotong tempoh jam bekerja atau meningkatkan automasi untuk mengimbangi kos buruh yang lebih tinggi,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Tambah Mas Ermieyati, program sosial atau dasar cukai disasar antara pendekatan lebih komprehensif dan berkesan dalam membantu individu berpendapatan rendah tanpa mengganggu pasaran pekerjaan atau menyebabkan inflasi. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp