TERKINI

Kerajaan Anwar Nafi Hak Melayu Bercakap – Tun Mahathir

foto malayadaily.com

PUTRAJAYA, 21 Mac 2023 – Kerajaan Anwar Ibrahim disifatkan sebagai perkauman kerana tidak membenarkan rakyat bercakap mengenai bangsa dan agama, demikian ulas Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri ke tujuh.

Dalam satu hantaran di laman twitter, Dr Mahathir mempersoalkan tindakan Perdana Menteri menafikan hak orang melayu untuk bercakap mengenai masa depan bangsanya.

“Jelas sekali peraturan ini ditujukan kepada orang Melayu, Peraturan ini sebenarnya bersifat perkauman kerana menafikan hak orang Melayu.

“Bercakap tentang berbilang kaum dan agama tidak mengapa. Tidak mengapa erana ia memihak kepada kaum lain, ini juga rasis, demikian ciapan Dr Mahathir.

Kenyataan ini susulan pembatalan acara Proklamasi Orang Melayu yang dijadualkan berlangsung Ahad lalu namun dibatalkan pada saat-saat akhir kerana empat buah premis yang ditempah telah membatalkan tempahan tersebut tanpa menyatakan apa-apa sebab.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Mahathir yang juga Penasihat Sekretariat Proklamasi Orang Melayu menjelaskan bahawa kerajaan tidak tahu apa yang terkandung didalamnya sedangkan isi proklamasi tersebut tidak menyentuh atau menyalahkan mana-mana kaum. Proklamasi itu menfokus kepada pemimpin Melayu yang korup.

“Sebenarnya kerajaan tidak tahu apa yang akan diperkatakan pada perhimpunan tersebut. Malah deklarasi (proklamasi) itu tidak menyalahkan kaum lain, ujar Mahathir.

Mahathir juga mengulas bahawa kempen anti rasuah hanya mementingkan pemimpin pembangkang, namun rasuah yang berlaku didalam kerajaan tidak disiasat.

“Ini menunjukkan kempen itu adalah mengenai penyingkiran pemimpin pembangkang supaya tidak ada penentangan terhadap kerajaan dalam pilihanraya negeri, ujar Dr Mahathir. – malaydaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp