
KUALA LUMPUR, 28 Feb 2025 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan kerajaan perpaduan memandang remeh isu berkaitan dengan keperluan masyarakat India di negara ini.
Dalam satu kenyataan, Wan Saiful berkata, kerajaan sepatutnya tidak memandang remeh cadangan penubuhan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Penganut Hindu yang saya suarakan.
“Ini bukan cadangan saya tetapi ia adalah permintaan NGO-NGO Hindu yang menemui saya di parlimen baru-baru ini. Jadi ia adalah suara akar umbi.
“Sepatutnya Menteri Perpaduan mengatakan bahawa beliau akan mempertimbangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa tersebut.
“Jawatankuasa ini berpotensi menjadi badan kawal selia hal ehwal komuniti India, khususnya penganut Hindu, termasuklah dalam isu-isu sensitif seperti penubuhan kuil di lokasi yang dipertikaikan. Katanya.
Ketika menjawab soalan yang dibangkitkan, Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang, berkata bahawa Kementerian telah menubuhkan beberapa jawatankuasa antaranya jawatankuasa harmoni diantara penganut agama.
“Dan semalam kita baru mengadakan mesyuarat pertama tahun ini dan banyak isu-isu disentuh dibawah, bukan saja daripada untuk penganut hindu tapi semua agama yang ada di Malaysia ini dan semua isu atau masalah kita cuba selesaikan dibawah jawatankuasa itu. Ujar menteri.
Tambah Aaron, salah satu tugas Mitra adalah untuk memberi sedikit sebanyak peruntukan untuk membangun rumah ibadat.
Dari jawapan Menteri tersebut, Wan Saiful yang juga Ketua Bahagian BERSATU Bangi berkata bahawa ulasan menteri perpaduan mengenai MITRA menunjukkan Menteri gagal memahami peranan MITRA yang terhad kepada pembangunan sosioekonomi, dan bukan keagamaan.
“Ulasan Menteri Perpaduan mengenai MITRA pula menunjukkan Menteri gagal memahami peranan MITRA yang terhad kepada pembangunan sosioekonomi, dan bukan keagamaan. Maksudnya MITRA ini kalau nak dibandingkan, peranannya seakan-akan TERAJU.
“Bila Menteri menggunakan MITRA sebagai agensi yang berkait, ia seolah-olah nak mengatakan bahawa TERAJU sepatutnya jadi JAKIM.
“Jelas sekali Menteri tidak faham peranan agensi kerajaan sendiri. Sebab itulah Menteri sepatutnya ambil masa untuk fikir dan pertimbangkan, bukan menolak secara semberono. Ujarnya. – malayadaily.com
Perbahasan tersebut boleh ditonton di sini.