TERKINI

Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia diarahkan bercuti

Dr Mazatul ‘Aini Shahar Abdul Malek Shahar – foto Dagang News

KUALA LUMPUR, 4 Nov 2023 – Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MSM Malaysia Holdings Bhd, Dr Mazatul ‘Aini Shahar Abdul Malek Shahar diarah bercuti berkuat kuasa 20 Oktober lalu hingga 15 Disember 2023 atau sehingga notis selanjutnya daripada lembaga pengarah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, ia berkata cuti sementara Mazatul ‘Aini Shahar adalah perlu untuk memudahkan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.

“MSM akan meneruskan operasi perniagaannya seperti biasa.

“Pengumuman lanjut akan dibuat sekiranya berlaku perkembangan material mengenai perkara ini,” katanya. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp