TERKINI

Ketuanan Melayu sudah hilang, kita hanya cuci kasut orang, kata Dr Mahathir

Mahathir Mohamad (tengah) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 12 Okt 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan orang Melayu kini bukanlah lagi tuan di dalam negara sebaliknya hanyalah pencuci kasut kepada orang lain.

Bekas perdana menteri itu berkata, slogan ketuanan Melayu juga diwujudkan hanya semata-mata untuk menyedapkan hati orang Melayu sendiri.

“Kita kata kita tuan tapi kita kerja jadi pencuci kasut orang lain, yang jadi tuan orang yang pakai kasutlah. Kalau nak jadi tuan kita kena jadi lebih kaya daripada dia, dia cuci kasut kita barulah kita tuan.

“Ini ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, kita nak sedapkan diri kita sahaja. Kita sebenarnya dah hilang kedudukan sebagai tuan negara kita . Orang lain dah jadi tuan. Kita kena minta duit kerana kita tidak ada,” kata Mahathir, dalam program Minggu Negarawan di Putrajaya, pada rabu.

Sehubungan itu katanya, orang Melayu perlu bekerja lebih keras daripada bangsa lain untuk membolehkan mereka menguasai ekonomi.

“Saya sedih hari-hari orang datang jumpa saya, tidak ada duit. Nak berniaga tidak ada duit, nak hidup pun tidak ada duit.

“Takkan nak panggil tuan ok tak tidak ada duit. Kita kena kerja lebih kuat daripada orang lain hingga orang lain jadi ‘kuli’ kita,” katanya lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp