TERKINI

Kon Yeow Angkat Sumpah KM Pulau Pinang

Chow Kon Yeow – foro malaysiagazette

GEORGETOWN, 13 Ogos 2023 – Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal kedua di kediaman Yang di-Pertua Pulau Pinang, Seri Mutiara, di sini.

Kon Yeow, 65, mengangkat sumpah kira-kira jam 9.35 pagi di hadapan Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Kon Yeow ketika mengangkat sumpah, berikrar akan menunaikan kewajipannya sebagai Ketua Menteri dengan tujuan agar segala usahanya mencerminkan kesetiaannya kepada Pulau Pinang dan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan negeri.

Kon Yeow diiringi isterinya, Tan Lean Kee.

Turut hadir, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan beberapa orang kenamaan yang lain. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp