TERKINI

Kontrak U Mobile: Maxis persoal rasional, Kadir Jasin dedah siapa di belakang U Mobile

Kadir Jasin – foto facebook Kadir Jasin

KUALA LUMPUR, 3 Okt 24 – Bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times, Datuk Kadir Jasin berkongsi butiran pihak berkepentingan di dalamsyarikat U Mobile Berhad, menerusi laman facebook beliau, semalam.

Berdasarkan butiran tersebut, menunjukkan Straits Mobile Investments Pte. Ltd. Singapura memiliki 49 peratus saham dan merupakan pemegang terbesar. Ia diikuti oleh U Telemedia Sdn Bhd dengan 21.46 peratus.

Menurut Kadir, Straits Mobile Investments Pte. Ltd. dimiliki oleh Singapore Technologies Telemedia (ST Telemedia) yang syarikat induknya adalah Temasik Holdings.

“Temasik adalah tabung pelaburan kerajaan Singapura. U Telemedia adalah cawangan pelaburan peribadi Tan Sri Vincent Tan.

“Jadi beliau memegang saham U Mobile Berhad atas lebih daripada satu nama. Katanya.

Selain nama-nama tersebut, turut dinyatakan Sultan Ibrahim yang juga Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebanyak 15 peratus, diikuti oleh Magnum Berhad dengan 6.33 peratus, Vincent Tan Chee Yioun dengan 6.2 peratus; dan Berjaya Infrastructure Sdn Bhd dengan 2.01 peratus.

Tambah Kadir, nilai pelaburan 5G ini jumlahnya sangat besar.

“Dalam jawapan Parliamen pada tahun 2022, DNB berkata anggaran kos prasarananya adalah RM16.5 bilion. Katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Maxis Bhd berhasrat menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memahami rasional keputusan berkaitan pengendali rangkaian 5G kedua negara yang diumumkan baru-baru ini.

Memetik laporan astro awani, syarikat telekomunikasi itu berkata ia mengambil maklum mengenai keputusan berkaitan usaha membina dan mengendalikan rangkaian yang juga komponen kritikal dalam infrastruktur komunikasi serta pelan pembangunan Malaysia.

Maxis pula dipetik sebagai berkata, sebagai sebuah syarikat serta diterajui anak tempatan dan dimiliki rakyat Malaysia dengan kepentingan sebanyak 77 peratus, ia sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara ini.

Terdahulu, MCMC baru-baru ini mengumumkan keputusan pemilihan U Mobile Sdn Bhd bagi melaksanakan rangkaian 5G kedua di negara ini selepas melakukan penilaian teknikal dan komersial yang terperinci.

Fakta yang dikongsikan ini adalah berhubung pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1 November lalu, bahawa U Mobile adalah pemenang konsesi kedua teknologi wireles 5G. -malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp