TERKINI

Kos PRN Di Enam Negeri Dianggarkan RM420 Juta

foto berita harian

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2023 – Dewan Rakyat pada Khamis diberitahu perbelanjaan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tahun ini dianggarkan menelan belanja RM420 juta.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah itu mengambil kira situasi semasa jika PRN dibuat tahun ini.

“Saya ingin menyatakan bahawa PRN di enam negeri, kita menganggarkan memerlukan RM420 juta.

“Ini enam negeri yang akan datang nanti dan saya bersetuju dengan apa yang YB Bachok (Mohd Syahir Che Sulaiman, PN – Bachok) cadangkan supaya diadakan pilihan raya itu pada hari Sabtu.

“Elok hari Sabtu sebab hari Jumaat sebab di sebelah Pantai Timur cuti, elok hari Sabtu, saya setuju dan saya kira SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) juga tiada masalah untuk itu,” katanya. – sumber AWANI

Facebook
Twitter
WhatsApp