TERKINI

KSU Direhatkan, Siasatan Salah Laku Tetap Berjalan — KPPA

23 Jan — Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengesahkan bahawa siasatan terhadap dakwaan salah laku melibatkan seorang ketua setiausaha (KSU) di sebuah kementerian masih berlangsung, sambil menegaskan tidak dapat memberi maklumat lanjut sementara proses itu berjalan.

Memetik laporan malaysiakini, KPPA berkata maklumat lanjut tertakluk kepada peraturan perkhidmatan awam dan hanya boleh dikeluarkan melalui saluran rasmi yang diberi kuasa, merujuk kepada peraturan tatatertib perkhidmatan awam yang berkaitan.

Isu ini mula mendapat perhatian umum selepas sebuah klip video tular di media sosial yang mendakwa pegawai pengurusan tertinggi itu ditahan oleh pihak berkuasa agama ketika berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Susulan itu, Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, pada 9 November lalu mengumumkan bahawa pegawai berkenaan telah direhatkan serta-merta supaya pihak berkuasa dapat memulakan siasatan terhadap dakwaan salah laku tersebut.

Pejabat KPPA menegaskan bahawa jika pegawai itu didapati bersalah selepas siasatan, tindakan tatatertib akan diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Keratan berita asal ini telah disemak daripada sumber MalaysiaKini untuk penulisan semula. – malayadaily

Facebook
Twitter
WhatsApp