TERKINI

Larangan 3R : Kerajaan Takut Bila Lihat Rakyat Sokong POM, Kata Ibrahim Ali

Ibrahim Ali – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 5 Okt 2023 – Presiden Putra, Dato Dr Ibrahim Ali mendakwa isu larangan 3R (Royal, Race, Religion) ini berpuncan daripada gerakan Proklamasi Orang Melayu (P.O.M) yang dicetuskan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika wawancara oleh malaydaily baru-baru ini, Ibrahim Ali berkata apabila Mahathir melancarkan P.O.M, ia mendapat sambutan dan ini menakutkan kerajaan.

“Timbulnya isu 3R ni, maknanya jangan menyentuh 3R ni, juga berpunca daripada Proklamasi Orang Melayu, bila Tun (Mahathir) lancar Proklamasi Orang Melayu, dapat sambutan, mereka (kerajaan) takut, jadi cara nak menghalang juga menggunakan 3R ini.

“Itu (larangan 3R) ada kesan terhadap Proklamasi Orang Melayu.

Dalam wawancara yang sama, Ibrahim Ali juga menjelaskan kedudukan pergerakan Proklamasi yang dikatakan agak perlahan selepas Pilihanraya 6 Negeri.

“Pergerakan Proklamasi ini terlalu diawasi, tengoklah mula-mula nak lancar dulu, tempat pun tak dapat, akibatnya orang jadi takut, orang Melayu sokong tapi takut.

“Saya dah tengok orang Melayu sign (tandatangan) borang Proklamasi, depan saya, kawan-kawan saya, dia sign, saya kata hei dulu tandatangan kamu lain, kenapa ni lain.

“Eh ni bahaya kata dia. Tapi nak sign, tapi takut, (maka) dia tukar tandatangan, lepas dia tulis no ic (kad pengenalan).

Menurut Ibrahim Ali, beliau juga percaya ada dikalangan mereka yang menandatangani borang P.O.M. juga menukar nombor kad pengenalan mereka kerana bimbang diketahui oleh pihak kerajaan.

“Saya percaya, kalau cek no ic tu kemungkinan satu nombor dia tukar. No ic 512347, no 7 tu dia jadi no 9. Dia takut orang detect, sebab ada yang mengatakan – ini sign borang Proklamasi, (jika) pihak kerajaan dapat, tengok kita sign, kita tak dapat bantuan tahunan, kalau kita terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, apa saja kemudahan-kemudahan yang diberi oleh kerajaan, rakyat takut. Itu sebabnya.

Ibrahim Ali juga berkata bahawa P.O.M. ni bukan parti politik, ia hanya sekretariat untuk menyedarkan Melayu.

“Jadi pada saya sudah memadai. Apa nak gaduh lagi, nak suruh P.O.M. buat apa? Marilah kita perjuangkan Melayu, kita ada banyak masalah, kita nak bangkitkan Melayu, perjuangkan Melayu, apa nak kena memberontak ke? Bukan itu caranya. Kata beliau.

Beliau berpendapat P.O.M. telah mencapai matlamatnya iaitu untuk menyedarkan orang Melayu akan masalah mereka.

“Kita pilih pemimpin, pilih kerajaan melalui pilihanraya, jadi kalau kita tengok P.O.M. sudah berjaya, (tujuan) hanya untuk menyedarkan orang Melayu bahawasanya wahai Melayu sedarlah kamu, keadaan kamu sekarang ini tidak lagi seperti dulu. So kenalah kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Cukuplah pada saya.

“Jadi nak ukur kejayaan apa lagi? Sebab dia orang bukan faham P.O.M. bukan parti politik, kejayaannya Tun mesti menjadi perdana menteri, ini bukan matlamat P.O.M.

“Kalau dari segi politik, kalau tengok mana pemimpin yang rasuah, parti politik yang menyeleweng daripada agenda Melayu, pemimpin yang guna kuasa untuk diri sendiri, jadi bila kita sedar, jangan undilah orang ini. Itu matlamat P.O.M.nya. Ujar beliau. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp