TERKINI

Lawatan PM Ke Arab Saudi ‘Kesilapan Diplomatik Yang Besar’ dan ‘Memalukan’ Negara

foto astro awani

PETALING JAYA, 29 Mac 2023 – Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi adalah satu “kesilapan diplomatik yang besar”.

“Saya bersetuju dengan pandangan (lawatan Anwar ke Arab Saudi) adalah satu kesilapan diplomatik yang besar. Apa pun alasannya, beliau tidak sepatutnya pergi Arab Saudi sekiranya tidak ada temujanji yang ditetapkan untuk bertemu dengan Raja Salman atau putera mahkota, Mohamad Bin Salman (MBS)” kata Khairy dalam program “Keluar Sekejap” bersama Shahril Hamdan.

Kata Khairy, kebiasaannya seorang perdana menteri tidak akan melawat negara lain melainkan ada satu pertemuan dengan rakan sejawat telah ditetapkan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, kegagalan Anwar bertemu rakan sejawatnya di Arab Saudi adalah sesuatu yang memalukan, lebih-lebih lagi Arab Saudi adalah negara penting untuk Malaysia

Dalam program yang sama, rakan bual bicara Keluar Sekejap, Shahril Hamdan turut menambah, jika seorang CEO syarikat atau ketua entiti, jadual disusun oleh pegawai untuk melawat lokasi dengan jangkaan pemimpin akan bersedia bertemu dengan rakan sejawat (counterpart), tapi perkara itu tak berlaku.

Menurut Shahril lagi, ia lebih memalukan apabila kenyataan media dibuat lebih awal mengatakan bahawa dalam lawatan tersebut PM akan bertemu dengan Raja Salman dan Putera Mahkota.

“Ini sesuatu yang memalukan, bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi Malaysia, ujar Shahril. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp