TERKINI

LIMA’25: Malaysia Tingkat Pelaburan Perkukuh Keselamatan Maritim

foto – The Sun

LANGKAWI, 21 Mei – Malaysia akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi pengawasan maritim, termasuk penggunaan kenderaan autonomi tanpa pemandu (AUV) dan kecerdasan buatan (AI), bagi memperkukuh keselamatan perairan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha ini turut merangkumi peningkatan latihan bersama tentera laut asing, perkongsian risikan, dan penguatkuasaan undang-undang terhadap aktiviti haram seperti penangkapan ikan secara haram, pencerobohan dan pencemaran laut.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan maritim adalah asas kepada kemakmuran ekonomi negara dan menyeru kepada pendekatan pertahanan yang lebih kukuh, bersepadu serta berpaksikan teknologi canggih.

Ucapan itu disampaikan semasa Persidangan Maritim Malaysia (MMC) sempena Pameran LIMA’25 di Langkawi.

Facebook
Twitter
WhatsApp