TERKINI

Mahathir teruskan rawatan di IJN, kesihatan semakin pulih

Mahathir Mohamad – foto facebook TDM

PUTRAJAYA, 12 Mac 2024 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa kesihatan beliau semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih doktor yang merawatnya di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam entri terbarunya di facebook, semalam, Mahathir mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya serta Hasmah, dan kesejahteraan kami berdua. Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Mahathir memberitahu beliau masih meneruskan rawatannya di IJN berikutan jangkitan yang dialaminya sejak Januari.

““Saya masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat daripada jangkitan yang saya alami sejak bulan Januari lalu. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih para doktor, jururawat, serta staff di IJN ini,” katanya.

Bekas perdana menteri yang berusia 99 tahun ini juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

“Selamat berpuasa. Saya berdoa semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang istimewa ini akan dirahmati dan diberkati ALLAH SWT insya-ALLAH,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp