TERKINI

Mahathir Tidak Ganggu Gugat Kerajaan – Khairuddin

foto awani

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 – Pihak yang tidak bertanggungjawab harus berhenti memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya hendak menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kata Dato Seri Khairuddin Abu Hassan, ahli jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu.

Beliau berkata dalam satu kenyataan semalam, bahawa Dr Mahathir bercakap secara proaktif mengenai masa depan orang-orang melayu.

“Apa masalahnya untuk kita bercakap serta berbincang mengenai kedudukan anak bangsa Melayu tanpa sebarang unsur-unsur yang menyentuh mengenai sensitiviti agama, Raja-Raja Melayu dan mempertikaikan hak kaum-kaum lain di negara ini?, soal Khairuddin.

“Kesejahteraan penghidupan rakyat serta masa depan negara harus diutamakan. Bukan perbuatan untuk merebut kuasa yang harus diutamakan, tambah beliau.

Dalam kenyataan yang sama beliau turut menyatakan bahawa bagaimana kedudukan Mahathir pada ketika ini yang tidak mempunyai sebarang kerusi di Parlimen hendak menjatuhkan kerajaan.

“Apa kekuatan yang masih ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini?, kata beliau. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp