TERKINI

Malaysia memang suka bantu orang lebih kaya – Mahathir

Mahathir Mohamad (kiri) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 28 Jan 2025 – Mantan perdana menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nada sinis menyindir kerajaan perpaduan yang telah melabur berbillion ringgit di United Kingdom (UK).

Dalam satu hantaran di media sosial ‘X’, Mahathir berkata ia ‘memang’ cara Malaysia yang selalu membantu orang yang lebih kaya dari Malaysia.

“Saya alu-alukan pelaburan berbillion Ringgit supaya peluang kerja seramai 30,000 diwujud di United Kingdom (UK).

“Ini memang cara Malaysia. Kita selalu bantu orang yang lebih kaya dari kita. Kata beliau.

Dalam entri yang sama, Mahathir juga menyebut bagaimana hubungan perdagangan Malaysia dan Singapura, mendakwa negara ini menjual 250 juta gelen air mentah dengan harga hanya 3 sen bagi 1,000 gelen, manakala Singapura menjual semula air yang ditapis pada harga RM36 bagi 1,000 gelen.

L”ihat Singapura. Kita jual 250,000,000 gelen air mentah dengan harga 3 sen bagi 1000 gelen supaya Singapura boleh jual air yang ditapis dengan RM36 bagi 1000 gelen. Tiap tahun Singapura untung tiga billion Ringgit.

“Kita juga melabur di Amerika dengan membeli Dollar Bond. Ini samalah dengan memberi pinjaman kepada Amerika. Dengan duit itu Amerika Syarikat boleh buat senjata untuk dijual diseluruh dunia termasuk kepada Israel. Ujarnya.

Mahathir turut mempersoalkan sama ada pelaburan besar Malaysia di negara-negara tersebut memberikan pulangan yang setimpal kepada ekonomi Malaysia.

“Kita bantu AS sebab dia kaya. Itu dasar kita. Konon terdapat kemungkinan UK labur di Malaysia. Itu kemungkinan! Kita belum nampak pelaburan UK. Mungkin tersembunyi seperti lain kenyataan tiap kali lawatan ke luar negara. Kita tunggu Belgium dan Kesatuan Eropah,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) yang berakhir hari ini, berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

Pada masa yang sama, Firma Malaysia, YTL Group mengumumkan rancangan untuk melabur sebanyak £4 bilion (RM21.96 bilion) di United Kingdom (UK) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak £2 bilion akan diperuntukkan untuk pembangunan bandar baharu Brabazon di Bristol, yang merupakan bandar terbesar di barat daya England.

Manakala bakinya akan dilaburkan dalam perniagaan YTL di negara itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp