TERKINI

Mat Sabu Cadang Premis Kerajaan Guna Beras Import Bersubsidi

Gambar hiasan – foto Myrainbow

BENTONG, 29 Sept 2023 – Premis kerajaan seperti hospital, pusat latihan polis, kem tentera dan asrama sekolah, dicadangkan untuk menggunakan beras import bersubsidi bagi membolehkan lebih banyak beras tempatan berada di dalam pasaran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan pada Isnin depan.

Beliau berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.

“Kita gunakan beras lokal ini untuk orang awam, maka (premis) kerajaan beli beras import dengan harga (bersubsidi) yang tidak tinggi, mungkin dalam RM32 hingga RM35 sekampit,” katanya selepas menghadiri program Sembang Santai Perpaduan di Simpang Pelangai di sini pada malam Khamis. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp