TERKINI

Melayu : Majoriti Dalam Populasi, Minoriti Dalam Ekonomi

Khalid Jaafar – foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2023 – Melayu adalah majoriti dalam konteks politik dan demokrasi tanah air tetapi mereka juga merupakan minoriti dalam sektor ekonomi, kata Pengerusi Institut Kajian Dasar (IKD) Datuk Khalid Jaafar.

Beliau berkata, perkara itu perlu diselesaikan bagi memastikan Melayu mampu meningkatkan ekonomi mereka.

“Proklamasi Orang Melayu, itu kita kena tengok sebagai ‘Dilema Melayu’, sekarang ini itu Dilema Melayu abad ke-21.

“Dari segi politiknya demokrasi penduduk, orang nak mengundi kita itu asas demokrasi, Melayu campur pribumi mereka adalah super majoriti tapi (mereka juga) ekonomi minoriti.

“Bagaimana nak super majoriti Melayu itu dari segi penduduknya, nak gunakan juga supaya dapat meningkatkan ekonomi,” katanya, kepada Malayadaily.

Pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi perdana menteri 22 tahun lalu katanya menunjukkan beliau berjaya mengangkat Melayu untuk ke peringkat tinggi.

“Dia (Mahathir) dah berjaya jadikan Melayu jutawan, jurutera doktor.

“(Tetapi sekarang) macam mana (Mahathir) nak berehat jika super majoriti Melayu ini menghadapi masalah minoriti ekonomi. Itu perlu diselesaikan,” katanya.

Katanya, selepas zaman pentadbiran Mahathir, tiada agenda kerajaan khusus untuk membangunkan ekonomi Melayu.

“(Agenda) Melayu Itu tidak ada kita bincangkan, di zaman Tun Abdul Razak ada bawa Dasar Ekonomi Baharu, sampai zaman Tun M habis, kemudian diteruskan dengan dasar pembangunan bangsa,” tambahnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp