TERKINI

Negara Hadapi Masalah Luar Biasa, kata Ibrahim Ali

Ibrahim Ali – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 3 Okt 2023 – Negara hari ini berhadapan pelbagai masalah yang luar biasa hingga menjejaskan kedudukan keseluruhan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka, kata Presiden Putra Dato’ Dr Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata, antara masalah utama adalah isu membabitkan krisis makanan, seperti kekurangan bahan makanan seperti telur, ayam dan beras, yang merupakan makanan ruji rakyat negara ini.

“Masalah dalam negara ada dua aspek, satu aspek kepentingan rakyat seluruh tanpa mengira kaum, negara kita bermasalah, kos sara hidup. Krisis makanan sampai peringkat telur tak cukup ayam tak cukup beras hilang.

“Nilai Ringgit makin menjunam. Saya baru balik dari Kelantan, di Rantau Panjang, saya tengok, terperanjat saya tengok duit kita RM100 sekarang nilainya tinggal RM60.

“Peniaga Rantau Panjang sekarang tak terima duit ringgit, kena tukar baht dulu ini amat luar biasa,” katanya kepada malayadaily dalam satu wawancara, pada Isnin.

Masalah pengangguran juga katanya tidak kelihatan seperti yang diumumkan pemimpin kerajaan.

“Bunyi atas kertas semua tidak ada masalah, pekerjaan cukup, walhal di lapangan banyak tidak ada kerja sampai peringkat tidak sedikit graduan universiti terlibat bekerja Grab, hantar makanan, stesen minyak, tapi ada ijazah.

“Kedai makan di bolot pendatang asing. Kalau pergi Chow Kit, Selayang dah jadi daerah Rohingya. Apa nak jadi,” kata Ibrahim, lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp