TERKINI

NGO bantah tuduhan jenayah ke atas Tun M

Sirajuddin Haji Salleh (gambar kecil) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 18 Dis 24 – Pertubuhan Gerakan QIAM (QIAM) yang dianggotai oleh bekas pegawai kanan kakitangan awam membantah usaha tuduhan jenayah terhadap Tun Mahathir berkaitan Pulau Batu Putih.

Presidennya, Dato’ Sirajuddin Haji Salleh berkata, QIAM menentang sebarang tuduhan dengan keadaan berat sebelah dengan tiada ketelusan di mana “Natural Justice“ tidak diberikan kepada pihak- pihak yang terlibat .

“QIAM percaya bahawa prinsip – prinsip “The Rule of law” telah dicemari dan disalah gunakan.

“QIAM terkejut dengan kenyataan menteri-menteri yang tidak buka mulut pada mesyuarat kabinet dahulu dan kemudiannya berkata mereka tidak diberi peluang memberi sebarang pendapat.

“Sangat memalukan bahawa sesetengah menteri ini masih berada di Kabinet hari ini.

Menurut Sirajuddin, QIAM berpendapat bahawa seolah-olah terdapat “an Invisible hand” di belakang keseluruhan proses RCI sebelumnya terhadap Tun Mahathir Bapa “Industrialist” Malaysia.

“Rakyat juga merasa malu akan proses yang sedang berlaku dan Kerajaan Madani seharusnya terus memandang ke hadapan dan bukannya mengorek kes yang telah sekian lama berlaku.

“Selesaikan rintihan rakyat sekarang dan jangan buang masa dan tenaga serta wang untuk perihal perkara yang tidak mendatangkan faedah .

“QIAM dan rakyat Melayu beserta Pribumi akan mempertahankan sebarang penindasan kepada sesiapa juga di tanah air ini, lebih-lebih lagi terhadap pemimpin- pemimpin Melayu yang banyak jasanya .

Baru-baru ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp