TERKINI

NGO Melayu bantah cadangan jadikan kampung baharu Cina tapak warisan UNESCO

Sidang Media Gabungan NGO Melayu, Nasionalis – foto Harian Metro

KUALA LUMPUR, 9 Feb 2024 – Sebuah gabungan NGO Melayu yang dinamakan NASIONALIS, mengecam cadangan Nga Kor Ming, menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mahu mencalonkan kampung Baharu Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dalam satu sidang media, semalam, wakil Nasionalis, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata cadangan YB Menteri tersebut secara halus menggunakan pertubuhan luar (UNESCO) untuk menekan kerajaan bagi mengabsahkan budaya dan bahasa di luar pengiktirafan perlembagaan sebagai satu keutamaan kementerian.

“Cadangan bersifat perkauman totok YB Nga Kor Ming yang sepatutnya menggunakan perlantikannya di bawah restu Yang DiPertuan Agong untuk mempertahankan hasrat dan sumpah institusi tersebut bagi menjaga dan memelihara kepentingan-kepentingan sah Melayu dan Bumiputera dan warga Malaysia yang sah.

“Tindakan ini juga secara halus menggunakan pertubuhan untuk menekan kerajaan bagi mengabsahkan budaya dan bahasa di luar pengiktirafan perlembagaan sebagai satu keutamaan kementerian yang diterajui oleh beliau.

Kami dari kepimpinan NGO Melayu menolak dengan sekeras-kerasnya cadangan ini. Ujarnya.

Nasionalis juga berpendapat bahawa usaha tersebut akan merubah dan menukar sejarah bumi Melayu dan akan memadam asal usul orang Melayu kerana kawasan tersebut akan dianggap sebagai kawasan asal atau peribumi keapda negara.

“Penduduk-penduduk di tapak itu akan dianggap sebagai orang asal peribumi ataupun native kepada ruang dan tempat tersebut.

“Dengan pengiktirafan tersebut ia boleh mencabar keperibumian penduduk Melayu yang akhirnya penduduk Melayu pula akan dilabel sebagai pendatang. Ujarnya.

Tambah beliau, usaha tersebut juga sebagai suatu bentuk ‘enthocide’ yakni pembunuhan etinik secara halus iaitu dengan memadamkan warisan Melayu yang sudah wujud ribuan tahun.

“Sehubungan dengan itu, kami orang-orang Melayu mendesak kerajaan supaya menolak cadangan pemimpin DAP ini kerana usaha ini jika dilaksanakan dengan sendirinya ia akan memadamkan sejarah dan kewujudan orang-orang Melayu serta institusi Melayu di negara ini.

Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata kerajaan sedang merangka cadangan untuk mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah mereka.

Sebelum itu, rancangan tersebut di bantah keras oleh ahli akademik sejarah, Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican.

Ahmad Murad berkata ia merupakan suatu cadangan tidak wajar kerana beliau mendakwa ia adalah satu usaha untuk memperibumikan bukan Melayu di Malaysia. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp