TERKINI

Nikkei Asia: Mahathir ulangi peringatan, “Kita tak belajar dari sejarah, ulangi kesilapan sama”

Mahathir Mohamad (tiga dari kiri) – foto Facebook TDM

PUTRAJAYA, 25 Mei 24 – Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau bahawa manusia tidak belajar dari sejarah dan terus melakukan kesilapan yang berulang kali.

Mahathir ketika mengulas tentang bagaimana beliau menilai situasi dunia yang kini semakin merisaukan, berkata bahawa manusia sepatutnya semakin bijak kerana telah melalui banyak pengalaman dalam tadbir urus dan diplomasi tentang masalah dunia, namun sebaliknya.

“Kita sepatutnya semakin banyak pengalaman dan lebih bijak dalam tadbir urus, dalam diplomasi dan lain-lain pengendalian masalah dunia, tetapi malang, nampaknya kita tidak belajar dari masa lalu.

“Kita tahu kesilapan masa lalu dan kita seolah-olah ingin mengulanginya, kesilapan sekali lagi, malah lebih teruk daripada itu.

Mahathir antara tokoh yang saban tahun menjadi tetamu untuk Nikkei Asia, menegaskan kembali bahawa peperangan tidak mampu menyelesaikan masalah atau pertikaian.

“Sebagai contoh, peperangan tidak menyelesaikan apa-apa masalah, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia, orang mati berjuta-juta tetapi masih banyak negara merasakan bahawa perang adalah penyelesaian kepada masalah dan bahawa perang boleh menghentikan peperangan uh ini uh kesilapan kita sepatutnya belajar dari masa lalu. Tegas beliau.

Antara lain, Mahathir berkata ketika ini, mana-mana kerajaan akan berhadapan dengan cabaran yang lebih besar apabila populasi semakin bertambah dan rakyat yang ramai boleh mencabar sesebuah kerajaan.

“Hari ini sudah tentu kerajaan berhadapan dengan penduduk yang lebih besar, lebih penduduk yang lebih aktif sehingga kerajaan dicabar oleh rakyat walaupun rakyat mungkin memilih kerajaan, tetapi seterusnya rakyat akan mencabar kerajaan jika kerajaan melakukan sesuatu yang salah.

“Yang sudah tentu bermakna, kerajaan tidak mampu untuk kekal stabil, ia sentiasa dicabar oleh rakyatnya sendiri itulah yang kita lihat hari ini. Katanya. – malayadaily.com

Forum tersebut dihoskan Shin Nakajima, Ketua Editor Nikkei Asia. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp