TERKINI

Obama, Rishi Sunak tak pernah tuntut hak kaum mereka di US, Britain – Prof Murad

Ahmad Murad Merican – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 1 Feb 2024 – Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican menyelar kumpulan yang mendakwa orang Melayu mengamalkan diskriminasi dan menindas bangsa lain khususnya dalam isu hak bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Menurut Murad, Presiden Amerika, Barack Obama dan Rishi Sunak (Perdana Menteri Britain) tidak pernah mendesak hak untuk kaum mereka di negara tempat mereka bermastautin.

“Barack Obama dan Rishi Sunak tidak mendesak dan menuntut hak untuk kaum mereka di negara mereka bermastautin.

“Dengan itu Obama dan Sunak memang layak masing-masing memegang jawatan presiden Amerika Syarikat dan perdana menteri Britain. Ujar Murad.

Dalam satu kenyataan kepada malayadaily, Murad memberikan contoh perbezaan antara situasi tersebut dengan apa yang terjadi di Malaysia.

“Pertama, mereka (Obama, Rishi) adalah warga negara sejati negara mereka bermastautin. Mereka tidak mempersoalkan nilai dan status bahasa kebangsaan negara yang mereka bermastautin itu.

“Mereka bertutur dengan lancar bahasa kebangsaan di negara yang mereka bermastautin, mereka mengamalkan adat, kebiasaan negara yang mereka bermastautin. Ujar beliau.

Malah, menurut Murad, mereka tidak ragu-ragu mengenai kewatanan kebangsaan negara mereka bermastautin dan mereka tidak menyoal Institusi-institusi kenegaraan, lembaga perundangan,
sumber kuasa, perhubungan dan pembahagian kuasa seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan parlimen negara yang mereka bermastautin itu.

“Mereka percaya kepada perpaduan kebangsaan seperti yang direncanakan oleh negara di mana mereka bermastautin itu. Mereka tidak pernah mempersoalkan secara sistematis dasar dan langkah perpaduan yang dilaksanakan oleh negara yang mereka bermastautin itu. Katanya.

Pada masa yang sama, Obama dan Rishi tidak memperjuangkan budaya, bahasa, media dan sistem persekolahan kaum mereka di negara yang mereka bermastautin itu, berbeza dengan di Malaysia yang mana puak-puak tersebut begitu tegar mempertahankan bahasa dan sistem sekolah vernakular.

“Mereka tidak mendesak bahasa mereka diajar dan dipertuturkan di negara yang mereka bermastautin itu. Mereka tidak ada masalah asimilasi kaum di negara yang mereka bermastautin itu.

“Mereka tidak bersetuju dengan sistem pendidikan dan sekolah vernakular di negara yang mereka bermastautin itu.

“Mereka tidak berjuang menuntut cuti umum untuk hari-hari kebesaran agama di negara yang mereka bermastautin itu. Mereka tidak memburuk-burukan budaya orang putih dan tidak memperlekehkan orang kulit putih yang mendominasi politik negara yang mereka bermastautin.

Murad juga memberi hujah bahawa mereka tidak pernah cuba merubah sejarah di negara mereka bermastautin dan tidak menuntut sejarah bangsa mereka diajar di sekolah-sekolah di
negara yang mereka bermastautin.

Sebelum ini, Tan Sri Lim Kit Siang dalam satu kenyataan ketika di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu menyatakan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri di negara ini.

Kenyataan tersebut menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang Melayu yang dilihat sebagai suatu kenyataan provokasi.

Kit Siang yang juga pemimpin veteran DAP, yang terkenal dengan agenda ‘Malaysian malaysia’ yang memperjuangkan hak sama rata di Malaysia. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp