KUALA LUMPUR, 7 Mei 2023 – Proklamasi Orang Melayu bukanlah agenda politik tetapi inisiatif yang dimulakan oleh sebilangan orang-orang Melayu yang sayangkan bangsanya.
Dalam satu kenyataan semalam, Armin Baniaz Pahamin yang juga Setiausaha Sekretariat Tanah Air mengulas pandangan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P.Ramasamy yang mana beliau mendakwa, Proklamasi Orang Melayu hanya bermatlamat untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Armin berkata, Ramasamy tidak layak mengulas perjuangan pemimpin Melayu khususnya berkenaan dengan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana Ramasamy adalah seorang pemimpin rasis.
“Ramasamy adalah seorang pemimpin rasis yang sentiasa menyerang penyatuan orang Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu yang mewakili orang Melayu.
“Sifat dan kenyataan Ramasamylah yang menimbulkan kemarahan dan provokasi orang Melayu terhadap kaum bukan Melayu.
Armin berpendapat semua kenyataan-kenyataan dari Ramasamy berbaur perkauman terhadap orang Melayu dan segala inisiatif dan usaha untuk memajukan bangsa Melayu di anggap sia-sia.
Pada Februari lalu, P. Ramasamy membuat kenyataan kontroversi apabila beliau mendesak Perdana Menteri mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan tersebut dianggap oleh banyak pihak sebagai menghina orang Melayu malah pemimpin parti Amanah agar P Ramasamy di pecat. – malayadaily.com