TERKINI

Pakar selar sikap orang Melayu tentang pendidikan

KUALA LUMPUR, 8 Jan 2024 – Pakar Sosiologi Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad menyelar sikap orang Melayu dalam mengurus kepentingan pendidikan anak-anak berbanding gaya hidup mereka.

Beliau menjelaskan, terdapat sebahagian orang Melayu yang miskin sanggup meminjam duit ceti, menggadai dan menjual tanah sekangkang kera semata-mata membuat kenduri kahwin anak-anak, tetapi keberatan untuk melakukan hal yang sama bagi membiayai pendidikannya.

“Kebanyakan orang Melayu cukup berkira tentang pelajaran anak anak. Tetapi tidak pula kedekut tentang melayani gaya hidup mereka.

“Ramai orang Melayu yang sanggup berhutang untuk beli kereta mewah, tetapi tidak pula sanggup berhutang untuk pendidikan anak anak mereka.

“Ada orang Melayu yang sanggup habiskan duit untuk merokok, membeli pakaian mahal, beli barang kemas bayar ansuran atau beli telefon berjenama yang mahal tetapi belum tentu mereka bersedia membeli bahan bacaan dan buku-buku berkualiti setiap bulan untuk pendidikan anak- anak mereka. Ujarnya.

Menurut Dr. Anuar, bukan sesuatu yang pelik, apabila ada orang Melayu yang lebih percaya untuk melabur puluhan ribu ringgit dalam MLM dan skim cepat kaya yang dikatakan untuk jaminan masa depan berbanding melaburkan wang untuk pendidikan anak-anak.

“Hari ini angka menunjukkan yang paling ramai berhadapan dengan masalah penguasaan Bahasa Inggeris adalah anak-anak Melayu. Hari ini, data menunjukkan yang paling ramai gagal dalam aliran sains dan matematik pun adalah anak anak Melayu.

Pada Disember lalu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur sikap segelintir ibu bapa yang sanggup menipu status pendapatan supaya dikategorikan sebagai B40, bagi membolehkan anak mereka diterima masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Asyraf Wajdi turut mengingatkan bahawa tindakan itu menyebabkan anak mereka belajar dalam keadaan tiada keberkatan kerana mengambil hak orang miskin yang lain.

Beliau dalam satu tulisan, turut menyelar sikap kumpulan yang sudah kaya dan punya rumah besar dengan segala kemewahan, tetapi tetap berebut-rebut untuk menghantar anak-anak mereka ke asrama penuh yang dibiayai oleh kerajaan.

“Mereka juga tidak sedikit pun rasa malu untuk merebut tempat di MRSM kerana mereka mahu MARA menanggung pendidikan anak anak mereka.

Dalam tulisan yang sama, Anuar mengingatkan lagi bahawa pemikiran orang Melayu cukup konservatif bila bercakap soal pendidikan. Mereka sebenarnya sukar berubah, berkira dan kurang pragmatik dalam ruang pendidikan.

Tambah beliau, disebabkan perangai sedemikian, orang Melayu sentiasa ketinggalan dalam menguasai kemajuan pendidikan sebagaimana karya tulisan Abdullah Munsyi, Syed Sheikh Al Hadi, Pendeta Zaaba, Senu Abd Rahman, Tun Mahathir, Syed Hussein Al Attas dan Ungku Aziz. Ulasan beliau boleh di baca di sini.malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp