Pakar selar sikap orang Melayu tentang pendidikan

Menurut Dr. Anuar, bukan sesuatu yang pelik, apabila ada orang Melayu yang lebih percaya untuk melabur puluhan ribu ringgit dalam MLM dan skim cepat kaya yang dikatakan untuk jaminan masa depan berbanding melaburkan wang untuk pendidikan anak-anak.

Perangai Melayu

Kebanyakan orang Melayu cukup berkira tentang pelajaran anak anak. Tetapi tidak pula kedekut tentang melayani gaya hidup mereka. Ramai orang Melayu yang sanggup berhutang untuk beli kereta mewah, tetapi tidak pula sanggup berhutang untuk pendidikan anak anak mereka.