TERKINI

Parallel Pathway: KKM perlu tingkatkan HLP untuk tambah pakar – Pakar

Dayang Anita Abdul Aziz – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 8 Jun 24 – Mantan Profesor Surgeri Pediatrik UKM, Dr. Dayang Anita Abdul Aziz memberitahu bahawa antara cabaran besar negara untuk meningkatkan jumlah pakar perubatan adalah kerana kekangan jumlah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang diberi kepada calon-calon yang berkelayakan.

Bercakap kepada malayadaily, Dr. Dayang Anita berkata, jika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menambah jumlah HLP, pakar-pakar yang telah ada dalam Daftar Pakar Kebangsaan (NSR), ia boleh menaikkan sasaran tersebut.

“Sebenarnya kekangan kita (untuk) meningkatkan jumlah pakar di negara kita ni kerana kekangan jumlah Hadiah Latihan Persekutuan yang diberi kepada calon-calon.

“Siapa yang bagi Hadiah Latihan Persekutuan ni atau HLP ni? KKM.

“Jadi KKM kalau dia boleh tambahkan jumlah HLP dan dia punya pakar-pakar dalam KKM yang dah ada dalam NSR, juga menjadi trainer kepada program tempatan, mesti kita boleh naikkan jumlah pakar dalam negara kan, ini mengikut undang undang. Katanya.

Beliau berpandangan bahawa KKM juga boleh menjadi pusat peperiksaan untuk memberi peluang kepada pakar-pakar dalam negara termasuk yang ada di universiti yang duduk di dalam Daftar Pakar Kebangsaan (NSR).

“KKM boleh buat macam tu, dia jadi pusat peperiksaan saja, dia tak perlu akreditasi.

“Macam masa saya jadi Ketua Surgeri Pediatrik di UKM, European Board of Paediatric Surgery, dia datang untuk akredit Pusat Perubatan UKM tu sebagai pusat peperiksaan dia saja, ini meningkatkan reputasi universiti, boleh KKM boleh buat macam tu. Ujarnya.

Walau bagaimanapun, menurut Dr. Dayang Anita, menjadi pusat peperiksaan adalah berbeza dengan program khusus untuk kepakaran dimana apa jua program kepakaran, sememangnya perlu ada jaminan kualiti, iaitu akreditasi.

“Tapi peperiksaan saja, sebab kalau dah kata program kepakaran, memang kena ada jaminan kualiti, proses jaminan kualiti iaitu akreditasi, semua pun macam, sekolah pun macam tu kan, sekolah, makmal semua ada ISO (International Organization for Standardization), MHQH (Malaysian Society for Quality in Health) dan sebagainya, itulah untuk jaminan kualiti. Jelas beliau.

Dr. Dayang Anita juga adalah Pengasas Program Doktor Pakar Surgeri UKM; Profesor Adjung Surgeri Pediatrik, Universiti Hasanuddin, Indonesia. Ulasan beliau mengenai isu Parallel Pathway akan disiarkan dalam tiga bahagian, ia boleh ditonton disini.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan Tinggi telah mengemukakan cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui laluan parallel pathway.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan pindaan akta itu telah dikemukakan menerusi Memorandum Jemaah Menteri.

Isu berkaitan Parallel Pathway menjadi tumpuan apabila Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Universiti Teknologi MARA membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotorasik. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp