TERKINI

Parallel Pathway: KKM tiada punca kuasa dan kepakaran jalankan PP – Pakar

Noor Hassim Ismail (kanan) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 20 Jun 24 – Ketua Kumpulan Professor Kesihatan dan Perubatan, Prof. Dr. Noor Hassim Ismail menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiada punca kuasa dan tiada kepakaran akademik bagi menjalankan program peringkat sarjana.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, merujuk kepada cadangan KKM untuk meminda Akta Perubatan bagi membolehkan program Parallel Pathway (PP) didaftar Daftar Pakar Kebangsaan (NSR).

“Penyataan Menteri mahu Pinda Akta 50 (Akta Perubatan) bagi memboleh program Parallel Pathway didaftar NSR menunjukkan Program PP tidak patuh kepada undang undang negara.

“KKM tiada punca kuasa dan kepakaran akademik menjalankan program peringkat sarjana, sewajarnya semua program latihan adalah dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan berpengkalan di universiti-universiti.

“Universiti merupakan mempunyai fasiliti dan sumber kepakaran untuk melaksanakan sebarang program. Keupayaan universiti boleh diperkembangkan. Seperti di persetujui Kabinet terdahulu.

“Tugas hakiki KKM adalah untuk memberi perkhidmatan kesihatan dan perubatan. Tegasnya.

Tambah beliau, apabila KKM menjalankan program latihan, ia akan menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat, malah ia akan bertambah teruk kerana pakar-pakar sedia ada, akan menumpukan perhatian kepada latihan Parallel Pathway.

“Program PP ini semua dijalankan di KKM. KKM tiada pengalaman dan kepakaran akademik untuk jalankan latihan. Pakar di KKM dilatih untuk tugas operasi dan khidmat dan bukan untuk latihan akademik. Ujarnya.

Ramai dikalangan pakar akademik dan pakar perubatan mempersoalkan program Parallel Pathway yang dijalankan oleh KKM, tidak mengikut undang-undang.

Keadaan ini berlarutan hingga Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan Tinggi telah mengemukakan cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui laluan parallel pathway.– malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp