TERKINI

‘Parallel Pathways’ program haram, tak ikut akta, tiada akreditasi – Bekas NC UiTM

Ibrahim Abu Shah – foto malayadaily.com

SHAH ALAM, 4 Jun 24 – Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah mendakwa program Parallel Pathways dalam bidang Kardiotorasik yang dijalankan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) adalah program haram yang tidak mengikut akta dan peraturan termasuk tidak ada kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beliau berkata demikian dalam temubual bersana malayadaily, semalam bagi mengulas apa isu sebenar disebalik program Parallel Patways yang mengundang banyak polemik.

Menurut Ibrahim Abu Shah, ‘Parallel Pathway-Kardiotorasik’ merupakan program di luar yang bukan program dibawah UiTM.

“Orang banyak kata pada saya, marahlah dan saya mengatakan itu (kardiotorasik) UiTM punya program halal, yang program pada Pathway itu program haram di luar.

“Dalam bahasa orang putih, illegitimate dalam bahasa Melayu haram, haram maksudnya tak ikut peraturan tidak ada kelulusan MQA tidak ada accreditation tidak ada recognition bahkan universiti asal mereka, ‘mak’ mereka sendiri di UK itu tidak mengiktiraf mereka sebab dia kata ini bukan satu pengiktirafan yang boleh diberi kerana you punya ni bukan berbentuk international maksudnya mereka tidak boleh bekerja di luar bahkan Singapore ke India ke Australia ke tidak mengiktiraf kita punya Parallel Pathway dalam bidang ini, ujar Ibrahim Abu Shah.

Dalam temubual yang sama, beliau menerangkan mengenai program ‘Parallel Pathway’ yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan sedangkan menurut Ibrahim Abu Shah, apa-apa program pendidikan dan latihan profesional adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), bukan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Parallel Pathway ini lain, Parallel Pathway ini di luar (IPTA), Parallel Pathway ni kalau saya nak cerita panjang.

“Sebelum ini, pada 2012 akta telah dipinda (akta) iaitu segala program mesti dibuat, (perlu) mendapat kelulusan-kelulusan badan-badan tertentu, termasuknya mesti dilakukan di bawah KPT sebagai education provider bukan di bawah Kementerian (Kesihatan).

“Ini education KPT, 2012 – 2014 sampai 2017 di mana akta ni dikuatkuasa berapa tahun tu, iaitu akta telah dikuatkuasakan bahawa program ini mesti ikut peraturan dengan syarat mendapat kelulusan daripada MQA kelulusan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kelulusan daripada KPT, bukan Kementerian lain.

Beliau menambah bahawa adalah menghairankan apabila KKM mewujudkan program tersebut di bawah kementerian mereka.

“Tetapi yang saya agak hairan Kementerian Kesihatan pada masa itu tiba-tiba mewujudkan program Parallel Pathway di bawah Kementerian Kesihatan, padahal masa itu Kementerian Kesihatan boleh saja ikut akta yang telah diluluskan mengikut prosedur, just buat permohonan, submit dokumen ikut prosedur biasa, supaya mendapat kelulusan daripada MQA dan MMC.

“Tetapi tidak, mereka menggalakkan pula satu program berbentuk komersial yang dijalankan oleh satu NGO ataupun persatuan dan kononnya bekerjasama dengan sebuah universiti di UK berbentuk komersial iaitu wang dan tiba-tiba hendak kerajaan luluskan, pada hal benda itu memang sudah pasti amat bercanggah tidak mengikut akta. Katanya.

Tegas Ibrahim Abu Shah lagi, apabila program Parallel Pathway ini berjalan, kerajaan pula bercita-cita dan bercadang untuk meminda akta di dalam sidang parlimen akan datang untuk menghalalkan program yang tidak diiktiraf ini.

“Kalau perkara ini berlaku, saya rasa nama baik negara kita akan menjadi cukup busuk kerana perkara ini tidak berlaku dalam mana-mana negara dalam dunia.

“Saya kata, bab education ini memang badan education iaitu KPT, tidak ada badan lain yang diluluskan kerana program yang kita buat selama ini semua program-program berbentuk profesional training ini dilakukan di bawah IPTA walaupun ada IPTS yang dibenarkan yang mempunyai kekuatan.

“Di bawah IPTA, kita telah buat lama benda ini, tidak ada hal. Kita mempunyai 9 universiti dan 109 program profesional training ini di peringkat kepakaran kita ada kekuatan, kenapa tiba-tiba kita tidak percaya kepada kekuatan kita sendiri kita ambil negara luar dan negara luar itu tidak mengiktiraf program mereka sendiri ini amat memalukan kita.

Difahamkan, latihan Kardiotorasik Parallel Pathway seperti juga latihan lain di bawah Parallel Pathway di KKM, tidak di kawalselia oleh badan regulatori di UK mahu pun di Malaysia.

Temubual tersebut boleh ditonton disini.

April lalu, Codeblue melaporkan Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN Raja Amin Raja Mokhtar berkata UiTM setuju membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotorik di situ, susulan kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

Banyak pihak membantah perkara itu, termasuk kira-kira 100 pelajar UiTM mengadakan protes dengan mengenakan pakaian hitam.

Bagaimanapun, media melaporkan bahawa bekas pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Ibrahim Abu Shah berkata institusi itu sepatutnya membuka sementara ruang untuk pegawai perubatan bukan bumiputera untuk menyambung pengajian peringkat pakar dalam bidang pembedahan kardiotoraks. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp