TERKINI

Parti Putra Kesal Dengan Kenyataan Guan Eng, Buat Laporan Polis

Wira Putra Buat Laporan Polis – foto wira putra

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2023 – Wira Putra dan kepimpinan Putra Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Laporan polis yang dibuat merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP itu yang didakwa berkata bahawa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Dalam satu kenyataan, wakil Wira Putra, Muhammad Fazreen Johari menzahirkan kekesalan atas kenyataan tersebut dan menyifatkan ianya sebagai sengaja mahu menakut-nakutkan serta cuba mengwujudkan persepsi buruk terhadap Islam.

“Wira PUTRA kesal dengan kenyataan ahli Parlimen DAP iaitu Lim Guan Eng yang telah di terjemah dari sebuah akhbar cina tempatan yang sengaja menakut-nakutkan serta cuba mewujudkan persepsi buruk terhadap Islam.

Dalam kenyataan yang sama, Wira PUTRA berharap PDRM menyiasat kenyataan tersebut.

“Wira PUTRA berharap PDRM mengambil langkah segera terhadap Lim Guan Eng atau sesiapa sahaja yang melakukan penghinaan, hasutan seolah-olah menghina kepimpinan orang Melayu Islam sedangkan kerajaan mereka mengakui menjulang perpaduan tetapi cuba melahirkan kebencian di antara penganut agama dan kaum di Malaysia ini.

Ia juga seperti mencabar DYMM YDP Agong selaku pemimpin utama orang Melayu dan rakyat Malaysia yang juga merupakan payung kepada agama Islam di negara ini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp