TERKINI

Pas anjur sambutan Tahun Baharu Cina

Abdul Hadi Awang (tengah) – foto Sinar Harian

SHAH ALAM – Pas menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina sebelum mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat bagi mengeratkan hubungan sesama rakyat di negara ini.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Halimah Ali berkata, program tahunan berkenaan dilaksanakan untuk mengurangkan salah faham orang ramai terhadap parti itu.

Menurutnya, mesyuarat tersebut yang bertemakan Pas For All diadakan di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur dengan anjuran Biro Perpaduan Pas Pusat.

“Pas sebuah parti yang inklusif dan menitikberatkan unsur-unsur keharmonian rakyat di dalam negara pelbagai kaum, selaras dengan prinsip tema ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp