TERKINI

Pembangkang, NGO perlu kembali kepada teras – Idris Ahmad

Idris bin Ahmad – malayadaily.com

KAJANG, 11 Nov 24 – Naib Presiden PAS, YB Datuk Haji Idris bin Ahmad berpendapat bahawa pembangkang harus kembali kepada teras iaitu penyatuan orang Melayu sebagai kumpulan majoriti untuk mewujudkan kembali kemakmuran dan kestabilan politik negara ini.

Ketika ditanya selepas program Ceramah Umum Jelajah Selamatkan Malaysia, di sini semalam, beliau berkata PAS sedang mencari beberapa pendekatan untuk menarik parti-parti politik Melayu dan juga NGO-NGO yang mempunyai naratif yang sama yang membabitkan soal kepentingan ABATA (Agama, Bangsa dan Tanah Air).

“PAS sendiri dan juga bersama sama dengan Perikatan Nasional (PN), yang tidak pernah jemu-jemu untuk mencari beberapa pendekatan (approach) untuk kita menarik sama ada di kalangan parti-parti politik Melayu dan juga NGO-NGO yang mempunyai naratif yang sama atau antaranya ada isu-isu yang membabitkan soal kepentingan ABATA.

“Maka usaha-usaha kita buat, mungkin ada berapa isu-isu yang lain, mungkin kita nak memikirkan juga supaya kita nak mewujudkan macam satu kongres, mungkin akan difikirkan untuk memberikan (input) kongres membincangkan secara spesifik kenapa dan mengapa untuk kita memanggil terutama dari kalangan apa orang yang mempunyai vision atau mempunyai naratif yang sama. Ujar beliau.

Dalam kenyataan yang sama, Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata kita sekalipun usaha penyatuan ini dibuat, ia tidak boleh bersikap ekstrem ataupun melampau dengan mewujudkan kerosakan kepada bangsa lain.

“Sikap kita, kita tidak bersikap ekstrem ataupun melampau dalam bentuk kita katakan tadi, dalam kita bercakap soal kepentingan penyatuan kita, bukan bererti kita nak apa… memberikan kerosakan kepada bangsa lain.

“Kita ni mesti mewujudkan satu kesatuan di kalangan kita supaya kestabilan itu lebih baik untuk pada masa akan datang, maka insyaAllah. Katanya.

Idris juga menasihat agar antara pemnbangkang agar menghentikan pergaduhan sesama sendiri kerana ia menguntungkan pihak lawan.

“Sudah sudahlah kita duk gaduh, selama ni orang kata apa.. alu bertemu dengan lesung, yang kenanya ialah ayam, kita bertembung sama sendiri yang untungnya ialah orang lain. -malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp