TERKINI

Pembebasan Zahid Untuk Terus Sokong Anwar, Kata Bekas Menteri

Ahmad Zahid Hamidi (kiri), Seri Anwar Ibrahim (kanan) – foto FMT

KUALA LUMPUR, 18 Sept 2023 – Bekas menteri kabinet Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mendakwa keputusan DNAA mahkamah terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah untuk membolehkan beliau terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin proklamasi orang Melayu itu berkata, tindakan tersebut menjejaskan imej negara di mata pelabur asing.

“Anwar sebagai perdana menteri yang mengetuai eksekutif kerajaan mempertahankan keputusan itu jelas demi kelebihan kepadanya, yang menyaksikan DNAA Zahid, membuatkan beliau bebas untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

“Sedangkan, banyak pihak, terutamanya pelabur melihat itu adalah hipokrasi yang tidak boleh disembunyikan lagi,” katanya.

Tambahnya, di pentas antarabangsa Anwar mengeluarkan kenyataan pertuduhan terhadap Zahid tidak dilakukan secara profesional walaupun pada hakikatnya Anwar pernah menggelar Zahid sebagai penyangak.

“Di samping itu, Anwar membuat kesimpulan bahawa pertuduhan yang dibuat adalah bermotifkan politik, pada mulanya, malah beliau telah menyatakan bahawa terdapat campur tangan daripada pendahulunya.

“Ironinya apabila Zahid didakwa, PKR yang diketuai oleh Anwar adalah sebahagian daripada kerajaan, dan isterinya Wan Azizah Wan Ismail adalah timbalan perdana menteri,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp