KUALA LUMPUR, 15 Feb 2024 – Ahli akademik, Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican membangkitkan isu berkaitan pengiktirafan Unesco seperti yang telah berlaku di George Town, Pulau Pinang di mana dossier (dokumen) mengenai diskripsi sejarah Pulau Pinang yang dikemukakan kepada badan tersebut, adalah salah.
Dalam satu rakaman video oleh Sinar Harian, tokoh akademik yang lantang bersuara dalam isu itu berkata, Unesco mendapat gambaran yang salah tentang sejarah Pulau Pinang apabila dossier yang dikemukakan untuk menceritakan sejarah Pulau Pinang hanya bermula pada tahun 1786.
“Dossier yang dibentangkan kepada UNESCO tu mempunyai description sejarah Pulau Pinang yang salah.
“Mengandaikan bahawa Pulau Pinang ni bermula daripada 1786, dan isu Sultan Kedah menyerahkan Pulau Pinang itu disebut dalam dossier dan menganggap bahawa orang Melayu ni adalah segerombolan lanun dan nelayan yang tidak bertamadun.
“Ini yang digambarkan dalam dossier UNESCO, jadi UNESCO mendapat gambaran yang salah mengenai penduduk asal Pulau Pinang. Ujarnya.
Ahmad Murad menegaskan bahawa dokumen untuk mendapatkan status (Unesco), tidak tepat dan melencong, terpesong dan memutarbelitkan keadaan naratif Pulau Pinang dan beliau bersetuju bahawa fakta tersebut kekal diterima di Antarabangsa.
“Dossier George Town tidak tepat dan melencong, terpesong dan memutarbelitkan keadaan naratif Pulau Pinang
“Yes, jadi inilah yang saya tidak puas hati. Katanya.
Ahmad Murad yang juga Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), antara tokoh yang kritikal dengan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mencalonkan Kampung Baharu Cina sebagai Tapak Warisan Dunia.
Dalam pada itu, Ahmad Murad membangkitkan bagaimana sejarah Kampung Batu Uban dan Tanjung Tokong di Pulau Pinang lenyap kerana usaha untuk menjadikan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
“Contoh di Pulau Pinang, ada dua kampung yang tertua, lebih kurang lebih dari 300 tahun sebenarnya.
“Kampung baru Cina, kurang daripada 80 tahun, dua kampung ini (Batu Uban dan Tanjung Tokong) yang terletak di pinggiran pantai di kawasan Timur Laut merupakan kunci kepada sejarah awal moden Pulau Pinang.
“Sejak tahun 70-an kampung Batu Uban dan Tanjung Tokong (sebenarnya bukan kampung, ini pekan), kita katakan kampung, kita kategorikan sebagai kampung tapi di pekan-pekan Batu Uban dan Tanjung Tokong dibiarkan, dianggap sebagai setinggan dan penduduknya dianggap sebagai penduduk yang tidak ada sejarah.
“Maka dasar-dasar awam pun dibentuk, yang mempunyai sikap yang meredahkan dan meremehkan penduduk Batu Uban dan Tanjung Tokong dan kemudian selama 50-40 tahun, proses kemusnahan bermula sampai sekarang.
“Pada masa yang sama tahun 2008 Pulau Pinang dan Melaka dapat status warisan Unesco.
“Jadi kita dapat lihat satu kontradiksi, satu keadaan di mana atas kemusnahan Batu Uban dan Tanjung Tokong, dibina status warisan Unesco di George Town. Ujarnya
Sebelum ini, Ahmad Murad mendakwa bahawa usaha mendapakat pengiktirafan Unesco merupakan suatu cadangan tidak wajar kerana beliau mendakwa ia adalah satu usaha untuk memperibumikan bukan Melayu di Malaysia. – malayadaily.com