TERKINI

Perang Rusia-Ukraine: Ukraine akan jadi negara miskin

Mahathir Mohamad – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 7 Jun 24 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan bahawa perang Rusia-Ukraine adalah sia-sia dan akan menyebabkan Ukraine hancur dan akan menjadi negara miskin.

Dalam entri terbarunya, Mahathir berkata punca peperangan ini adalah kerana Ukraine mahu menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang mana ianya menjadi ancaman keselamatan bagi Rusia dan Rusia terlebih dahulu menyerang Ukraine sebelum sempat negara tersebut diterima dalam NATO.

“Rusia memberi amaran kepada Ukraine supaya tidak menyertainya. Ia mungkin diceroboh oleh Rusia.

Dalam ancaman tersebut, NATO dikatakan akan mempertahankan Ukraine jika Ukraine adalah ahli NATO.

“Oleh itu, apabila Rusia menyerang Ukraine terlebih dahulu, negara miskin yang tidak menjadi ahli NATO terpaksa berperang dengan sendirinya.

“Kemungkinan Ukraine akan kalah dalam peperangan. Tetapi seluruh negara dan rakyat akan hancur sia-sia.

“Rusia adalah kuasa besar. Ia tidak akan menerima kekalahan. Ukraine yang miskin akan menjadi lebih miskin. Ujar Mahathir.

Menurut laporan, Kongres Amerika Syarikat (AS) diberitahu bahawa angka kematian kedua belah pihak sukar ditentukan. Namun jumlah kematian dianggarkan 500 ribu terbunuh.

Korban tentera Rusia, kata para pegawai, menghampiri 300,000. Jumlah itu termasuk sebanyak 120,000 kematian dan 170,000 hingga 180,000 tentera yang cedera. Angka Rusia lebih kecil daripada angka Ukraine, yang mana pegawai AS menyatakan hampir 70,000 terbunuh dan 100,000 hingga 120,000 cedera sejak perang 18 bulan lalu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp