TERKINI

PKR mahu polis siasat Tun M, lebih 50 laporan telah dibuat

Laporan polis AMK – foto Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Jan 2024 – Sehingga semalam sebanyak 50 laporan polis telah dibuat kumpulan pengikut dari parti PKR terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung dakwaan kontroversinya mengenai kaum India di negara ini.

Ketua PKR Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam dalam kenyataannya yang dipetik FMT yakin polis akan menyiasat mantan perdana menteri itu atas komen kontroversinya yang disiarkan melalui saluran berita Tamil.

Ujar belilau, lebih banyak lagi laporan polis akan dibuat oleh sayap pemuda parti itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Balai Polis Travers di sini.

“Saya yakin polis akan menyiasat Mahathir tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita.

Dalam temu bual dengan saluran berita Tamil yang berpangkalan di Chennai, India, Tun Dr. Mahathir dilaporkan berkata, masyarakat India tidak “sepenuhnya setia kepada Malaysia”.

Beliau mendakwa, orang India Malaysia mahu mengenali diri mereka dengan negara asal mereka, bukannya mengasimilasikan sepenuhnya “menjadi Melayu”.

Beliau mendapat kritikan daripada pelbagai pihak atas kenyataan itu daripada pemimpin politik termasuk sayap bukan Islam Pas Hulu Langat yang turut membuat laporan polis.

Thiban berkata, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah usaha untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anaknya, Mirzan.

Semalam, SPRM mengesahkan telah memanggil Mirzan ke ibu pejabatnya di Putrajaya dan diberi tempoh 30 hari untuk mengisytiharkan hartanya. – FMT

Facebook
Twitter
WhatsApp