TERKINI

PN Bantah RUU URA, Mahu Kerajaan Tubuh J’Kuasa – Hamzah

Hamzah Zainudin (Kanan), Mahathir Mohamad (tengah), Mukhriz Mahathir (kiri), rafique rashid (berdiri belakang) – foto facebook Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR, 29 Mac 25 – Ketua Pembangkang, Dato Seri Hamzah Zainudin menggesa kerajaan agar menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji cadangan RUU Pembaharuan Semula Bandar URA bagi memastikan asa depan seluruh rakyat terpelihara.

“Perikatan Nasional akan menentang sebarang ketidakadilan dalam Akta ini dan pada masa yang sama menggesa kerajaan agar menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai semua pihak berkepentingan termasuk wakil pembangkang dan NGO bagi memastikan masa depan seluruh rakyat terpelihara.

Dalam satu entri di laman sosial facebook, Hamzah juga berkata terdapat kebimbangan mengenai nasib dan hak rakyat berhubung rancangan kerajaan itu.

 “Terdapat beberapa kebimbangan yang berasas mengenai RUU Pembaharuan Semula Bandar yang hendak dibentangkan kerajaan di Parlimen, kerana jika tidak diteliti dengan cermat oleh kerajaan, kesannya adalah ke atas rakyat tanpa mengira warna kulit atau agama.

“Sebab itu dalam sesi penerangan RUU Pembaharuan Semula Bandar bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam, ramai pemegang taruh termasuk dari masyarakat India dan Cina tampil ke hadapan mempertahankan hak rakyat. Ujarnya.

Untuk rekod, banyak pihak membantah cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen yang akan datang.

Perdana Menteri sebelum ini juga dilaporkan memberi jaminan penggubalan URA tidak akan memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengusir mana-mana pemilik harta asal, tanpa mengira etnik. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp