TERKINI

Presiden Perkasa Nafi Cadang Tun M Diganti Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Penasihat SG4

KUALA LUMPUR, 4 Okt 2023 – Presiden Perkasa Syed Hasan Syed Ali menafikan beliau mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penasihat kepada empat buah negeri yang ditadbir oleh PAS.

Memetik laporan di malaysiakini yang menyiarkan laporan tersebut bertarikh 3 Okt 2023 bertajuk “Tuan Ibrahim jelaskan alasan Dr M bukan Muhyiddin jadi penasihat SG4”, beliau berkata laporan Malaysiakini yang melaporkan cadangan beliau, agar melantik Muhyiddin Yassin menggantikan Mahathir, sebagai salah.

“Saya tak sebut apa yang malaysiakini (tulis) tu, malaysiakini sebut lantik Tan Sri (Muhyiddin) bukan Tun M, itu salah tu.

“5 hari lepas saya dah buat video setuju dengan cadangan empat negeri ni melantik Tun (Penasihat), memang tepatlah pilihan melantik Tun (mahathir) sebagai penasihat.

“Saya hanya sebut semalam (ucapan), tambah…lantiklah Tan Sri (Muhyiddin) juga sebagai penasihat dengan pengalaman dia, itu sajalah. Ujar beliau.

“Saya ada sebut ‘juga’ tu, saya tak ada sebut bukan Tun (Mahathir), tegas beliau.

Beliau berkata, cadangan itu bersekali dengan Tun, bukan menggantikan Mahathir sebagai penasihat SG4.

“Saya harap wartawan malaysiakini boleh betulkan.

Syed Hasan juga berkongsi rakaman video ucapan beliau dan dalam rakaman tersebut yang bermula pada minit 19.25, jelas menyatakan apa yang disuarakan oleh beliau itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp