TERKINI

PRK KKB: PH menang, tepati ramalan awal

Pang Sock Tao – malayadaily.com

HULU SELANGOR, 12 Mei 24 – Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahakan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.

Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.

Sementara itu, pencabar utama Sock Tao daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.

Keputusan rasmi PRK DUN Kuala Kubu Baharu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, Yuhanas memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK kali ini ialah 61.51 peratus.

Keputusan ini menepati ramalan penganalisis politik termasuk bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kemenangan PH dalam PRK ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada PRN lalu, Kee Hiong dengan majoriti 4,119 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp